Friday 20 August 2021

Spa rambut by ayah

03.08.2021
Assalamualaikum..
Hari ni ayah buka salon & spa rambut.. Anak yang terpilih untuk dicantikkan ialah Amira NZ..hihi spa sangat kan padahal ayah tak boleh tengok rambut anaknya yang sudah kusut masai @ mak lampir.hihi mama suka nyakat anak2 kali ni cakap siapa rambut kusut masai bakal didenda dipotong pendek atau botak..mkelam kabut lah anak2 perempuan mama ni..asal bangun tidur cepat-cepat pergi sikat rambut. Memang selalu mama pesan rajin-rajin kene sikat rambut baru rambut lurus tersisir rapi. 

Baik, untuk makluman rambut amira ni ok sebenarnya, tapi hasil siasatan mendapati amira suka benar mensyampoo @ basuh rambut guna syampoo yang banyak maka rosaklah rambut dia.. Lepastu sekarangkan musim PKP 3.0 jadi diorang ni banyak baring kat rumah sambil tengok tv atau baring kat bilik sambi main telefon..makanya keraplah rambut girl jd kusut,keras dna kumpul habuk..

Ehm ni ayah terpaksa cari inisiatif untuk urus rambut anak2..so masa nk sikat ji dia letak minyak masak katanya..jadi juga elok..tapi kene tengok selalu sbb boleh balik jadi kusut. So sebagai solutin yang terkini mama belikan amira syampoo khas, maybe rambut dia tak.sesuai guna head to toe syampoo.. Dah besar kot. Lani maka belikan syampoo jenama pantene for damage hair care. Pilih ni sebab macam bersesuaian dengan keadaan rambut amira. Alhamdulillah serasi setakat ji. Elok sikit rambut tu..tapi rambut amira ni perang pulak ye..gen mana tah dapatnya.

Ok ada satu kisah masa kecik2 dulu kan, nenek @mak selalu masa sikatkan rambut cik baya mesti cakap rambut cik baya rambut ke dawai.sebab keras punya pasal..so bila teringat tu..eh mama pulak alami sekarang macam mana pula rambut serabai..hihi memori sungguhlah 😂🤣



2 comments:

  1. Belikan lahminyak rambut Zam zam tu atau Nihar... elok sebab itu minyak kelapa. Elakkan pakai minyak yang macam baby Johnson tu sebab yang tu keringkan rambut.. pengalaman akak lah.

    ReplyDelete
  2. Oo patut lah jadi keras ye..mano plak nk carik tu..online mesti ada, ok boleh dicobain..tq m.ngah🥰

    ReplyDelete