Thursday, 12 August 2021

Batik cantik

02.08.2021

Assalamualaikum.
Tu dia bukan nak cerita beli kain batik ke atau baju batik..nak habaq mai aktiviti kesenian Amira..skali kene lukis & mewarna batik daaa... Uiii rasanya dulu mama masa sekolah buat lukisan batik secara berkumpulan itu pon masa darjah enam.. Ni Amira darjah satu dah kene buat ye..fuhh bukan kaleng2 bocah jaman sekarang.. Rumit juga ye nak membuat nya ada step..mula2 kene lukis corak, then kene ikut lakaran tersebut guna warna krayon pula..last baru guna watercolour..tujuan krayon supaya warna tidak bercampur.. So hasilnya nice 🥰 ikutlah kreativiti anak2.

lepas siap.kene tangkap.gambar sebab kene hantar masuk ke google classroom.😍

No comments:

Post a Comment