Monday 8 October 2018

Mama sayang kamu

Assalamualaikum...
Wehuuu rindunya nk upload story anak2 dlm blog...
Tak tau sbb apa blogger ni banyak susah pulak nk save..
so solutionnya kene upload story guna web version...
Dah xboleh guna mobile version..
Jadi untuk kesekian kalinya mama nk upload gambo anak beranak...hehe
Ccehhh dengan kapsyen nya mama sayang kamu...
Picture ni mama edit sempena nak wish birthday ayah @amirhensem yang ke 34..
Selamat hari lahir abg..we love you so much..

Thursday 31 May 2018

Kita mengantuk la mama

tu dia..kemain mengantuk dia..sedang elok tengok tivi..tetiba dah tmbang..hah yg penting kat tangan tu henpon tak lepas...baru nak pandai main henpon..dapat pegang pon jadi la ye harith..aduhai anak..terlentok sudah...




Friday 25 May 2018

Amira @ ofis mama

seronok la dia dapat ikut mama ke office..mama pon dah lupa kenapa si kecik ni ikut mama..kebiasaannya mama bawak sebab utama tidak sihat atau taska tutup dan yang sewaktu dengannya..tapi Amira la yang paling mama risau kalau tidak sihat..huhu sebab budak ni sensitif sikit ..antibodi kurang barangkali...mudah sangat terkena sakit..tapi mama sentiasa doakan Amira sentiasa sihat dan dilindungi...

Amira cakap suka ikut mama pergi ofis sebab ofis mama ada jajan..kakak nana pon dok usha nak ikot mama p opis..hihi no no no..school time...

jom tengok gambo la apalagi..


alahai comey..saje je kan amira ni





muka gembira dapat jajan


sampai ke lantai sudah

Thursday 24 May 2018

Nasyrul Quran Putrajaya

Assalamualaikum semua..

Ahah entri hari ni kita imbau balik aktiviti-aktiviti mama bersama kawan2 di Bahagian Akaun KPM..so mama nk mula aktif balik tulis blog...semuanya untuk kenangan..

ok masa ni adalah lawatan kelab KRESBA (Kelab Kebajikan & Rekreasi Bahagian Akaun) Kementerian Pendidikan Malaysia..sempena bulan Ramadhan yang mulia..Banyaklah aktiviti yang dibuat oleh kelab seperti bacaan alquran secara berkumpulan.

Serba sedikit yang difahami..Nasyrul Quran merupakan Pusat percetakan Al-Quran di Putrajaya..di sana boleh lah kita melihat kilang memproses pembuatan Al-quran selain menggabungkan ciri-ciri negeri-negeri di seluruh Malaysia yang dicantumkan di dalam reka bentuk Alquran. Memang menarik tempat ini untuk dilawati. Digalakkan pergi beramai-ramai supaya penyebaran maklumat dapat diberitahu..Kita juga boleh mewakafkan al-quran tersebut selain bersedekah. 

Sekitar di dalam kawasan Nasyrul Quran, apalagi gambaran yok..cantik betul tempat ni..semua tentang Al-quran..balik siap semua org dapat Al-quran.. alhamdulillah..